Ahad, 4 Ogos 2019

Mengusik Memori Silam

Tengahari tadi seusai makan tengahari, saya solat Zuhur di masjid Bahagian Negeri Sarawak. Sungguh, masjid ini banyak sekali menyimpan kenangan untuk saya. Di sinilah saya mula kenal usrah dan tarbiah, di sinilah saya kenal Iman dan Islam, kenal dengan rakan-rakan seperjuangan, yang ada di antara mereka telah dipanggil Ilahi. Di sini juga, saya kenal kawan dan musuh, benci dan cinta. Masjid ini menghimpunkan segala-galanya tentang kehidupan saya.

Ia adalah cermin kenangan saya. Memandang masjid ini, membawa saya hanyut ke memori lama,memori indah dan duka, sedih dan gembira.

Saya meninggalkan masjid dengan langkah longlai, menoleh ke belakang dan terbayang di pelupuk mata saya, saya yang masih muda remaja, mentah dan agresif, sedang bermain dan bergurau senda di tangga masjid, dengan kawan-kawan lalu yang kini telah membawa haluan masing-masing.

Tuhan, indah sungguh kenangan itu.

Terima kasih Tuhan.

7 ulasan: