Khamis, 27 Oktober 2016

Apabila Ujian Melanda

Mari renung sejenak,

Apa yang kita mahu dalam hidup ini?

Kaya?
Banyak harta?
Masyhur?

Atau apa?

Kalau anda tanya saya, sejujurnya saya mahukan hidup yang bebas hutang dan tenang tenteram bersama keluarga saya.
Sihat dan panjang umur.
Gembira dan aman damai.

Kalau ada masalah pun, diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Saya tidak nafikan, diri saya sendiri juga tidak jauh daripada merasa sugul atau resah apabila ditimpa masalah.

Hutang
Masalah tempat kerja

Dll

Tapi apakah pilihan yang kita ada? Adakah kita hendak lari, atau biarkan masalah begitu saja/

Atau kita mencari jalan penyelesaiannya?

Para pembaca sekalian, bagaimana agaknya untuk kita keluar dari masalah ini?

Izinkan saya share tips untuk mencari penyelesaian masalah dan melerai fikiran kusut dengan pembaca sekalian.

Pembaca yang budiman, apabila kita ditimpa masalah, fikiran kita akan menjadi kusut dan jiwa menjadi gelisah. Maka, dalam keadaan yang bingung ini, sukar bagi kita untuk mencari dan memikirkan penyelesaian bagi masalah yang kita hadapi.

Berikut adalah tips yang boleh digunakan untuk memecah permasalahan para pembaca sekalian

1. Bawa bertenang. Tarik nafas. Cari tempat yang sunyi dan damai seperti taman, perpustakaan atau masjid. Duduk sebentar. Cari ruang atau tempat yang santai yang tiada gangguan dari orang sekeliling. Pada ketika ini, kita hanya mahu bersendirian buat sementara.

2. Tutup handphone atau silentkan. Putuskan sebentar hubungan anda dengan handphone untuk sejam atau setengah jam buat sementara. Pada ketika ini kita mahukan masa untuk diri sendiri.

3. Senaraikan masalah anda di atas sehelai kertas, contohnya hutang, gaduh dengan pasangan dan lain-lain. Tulis sebanyak yang mungkin.

4. Kemudian tulis nikmat yang anda ada pada ketika ini. Contohnya, ada rumah, kereta (walaupun tidak mewah), ada isteri/suami, anak-anak, ibu bapa yang masih hidup dan lain-lain. Tulis sebanyak mungkin.

5. Kemudian bandingkan kedua-dua senarai itu tadi. Yang mana lebih banyak, nikmat atau masalah?

6. Jika masalah lebih banyak daripada nikmat, anda kena banyak istighfar dan muhasabah diri. Berazamlah untuk memperbaiki diri dengan banyak mendekatkan diri kepada Allah seperti menjaga solat, banyak membaca Quran, berzikir, banyak sedekah dan lain-lain.

7. Jika nikmat lebih banyak daripada masalah, maka wajiblah anda bersyukur. Anda kena banyak memuji Allah dan meningkatkan amal bakti kerana Allah telah banyak memberi nikmat kepada anda.

Pembaca yang budiman sekalian, kaedah ini kerap saya lakukan apabila ditimpa masalah. Dan kerapkali fikiran saya menjadi cerah apabila duduk seorang diri untuk muhasabah. Alhamdulilah, banyak masalah selesai apabila fikiran menjadi cerah.

Bagaimana pula cara untuk mencerahkan fikiran? Ikuti posting blog saya yang akan datang mengenai bagaimana untuk meraih ketenangan jiwa dan mencerahkan fikiran. Insya Allah.

Selamat Mencuba.

1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam