Ahad, 23 November 2008

Dinner With My Cuzzies

Petang minggu yang membosankan, tidak ada aktiviti menarik yang hendak dibuat. Selepas pulang kenduri tengahari tadi, saya terus duduk lepak di rumah sahaja. Malas nak drive ke mana-mana, itupun kerana perut dah terlampau kenyang. Selain itu faktor cuaca Kuching yang panas di waktu tengahari jugak 'membantutkan' mood saya hendak keluar ke bandar.

Online dan tv, dua 'sahabat' baik saya dirumah. Dalam beberapa hari ini saya keseorangan di rumah. Mak, ayah dan adik saya ke KL Jumaat lepas. Keseorangan di rumah bebas juga rasanya, tapi kebosanan lebih mengatasi kebebasan. Huhuhu...

Online punya online, jam dah 3.30 petang. Ada beberapa minit lagi nak masuk waktu Asar. Tiba-tiba mata terasa mengantuk, saya melabuhkan kepala ke bantal, bercadang nak lelap dalam 5 ke 10 minit sementara menanti azan Asar. PC dibiarkan terbuka, belum lama baring saya dah belayar meredah lautan mimpi siang.

Sebaik tersedar dari tidur jam sudah menunjukkan waktu pukul 6 lalu. Aiseh, dah terlajak pulak dah. Cepat-cepat saya berwudhu dan menunaikan solat Asar. Selesai solat Asar saya menyambung online sehingga azan Maghrib bergema.

Selesai Maghrib, sepupu saya Kiky menelefon dan mengajak makan sama di Famili Cafe. Saya bergegas untuk mandi dan berkemas. Berkemas ala kadar, malas nak hensem2. Selepas check semua pintu rumah dah berkunci, saya pun mula drive membelah bandar Kuching yang panoramanya amatlah indah di waktu malam. Kebetulan masuk waktu Isyak, saya singgah di surau Taman Hussein untuk menunaikan solat Isyak di situ. Selesai solat saya pecut ke Famili Cafe.

Di sana bukan hanya ada Kiky, malah sepupu saya Irca dan Awin pun ada. Setelah memesan makanan dan minuman, kami bersembang macam2 perkara. Dari hal famili sehinggalah ke hal bisnes. Otak bisnes juga mereka ni...

Selepas makan ayam penyet dan segelas milo peng (yang harganya rm2 segelas, pergh...) kami ke McD di Batu 3. Di sana, saya dan Kiky makan aiskrim, Irca dan Awin hanya memerhatikan kami berdua makan aiskrim dengan seleranya. hehehe... Irca kata dia dah kenyang gila, begitu juga dengan Awin. Walaupun saya tahu Awin memang nak makan juga sebenarnya, hehehehe.

Perbualan terus berlanjutan, sehinggalah ke topik tentang bisnes. Macam-macam idea diutarakan, sehingga menyebabkan masing-masing teruja nak start bisnes. Kami bercadang untuk merancang terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa bisnes, mudahan impian kami menjadi kenyataan, Insya Allah.

Tepat jam 10:20 malam, kami bersurai. saya ke CIMB utk withdraw duit, dan mengambil peluang untuk pusing-pusing bandar Kuching sambil menghirup udara malam yang indah. Dari traffic light Wisma Saberkas saya belok menuju ke Jln Batu Lintang, seterusnya saya terlihat kuil Hindu Sathya Sai Baba ada ramai orang. Bila diselidiki rupanya harijadi Sai Baba. Hmmm, Tuhan pun sambut harijadi? Musykil...musykil....

Saya car ride pula di area Simpang Tiga, lurus dan belok ke kiri dari traffic light Jalan Sekama. Indah sungguh pemandangan bandar Kuching. Saya sungguh berbangga menjadi warga Kuching. Semasa di Bintulu suasana inilah yang amat saya rindukan. Bintulu juga ada kelebihannya tersendiri. Insya Allah saya akan ceritakan dalam posting yang akan datang.

Banyak benda yang boleh dipelajari dalam satu hari. Hanya bukakan hati kita sama ada kita siap untuk menerimanya atau tidak. Tafsirlah setiap apa yang kita lihat dengan iman dan hati yang tulus. Allah pasti membuka hijab hikmahnya di hadapan mata kita.

Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan