Sabtu, 22 November 2008

Pengilan...

Pagi tadi saya terbangun akhir, biasalah, hari minggu. Satu-satunya hari untuk saya berehat bagi orang yang bekerja 6 hari seminggu smcam saya ni, memang amat mengharapkan agar hari minggu adalah hari rehat tahap optimum. Makanya, selesai solat Subuh (gajah.. heheheh), dengan badan yang belum mandi saya terus buka tv. Layan tv jap. Belum lama selepas itu, Wa Bibah. kakak kepada emak saya datang, mengajak pergi pengilan (kenduri) di Pennview Inn. Aisehmen, terbantut rancangan saya nak rilek hari ni.

Mula-mula saya menolak dengan baik, tp last-last terpaksa jugak pergi. Dengan langkah berat saya mandi dan mengemaskan diri, saya jd driver. Perjalanan kelisa Wa Bibah meluncur laju membelah Petra Jaya yang aman permai di pagi yang indah ini. Udara pagi amat nyaman sekali, dengan terang matahari yang memancar lembut, perjalanan amat lancar kerana jalanraya tidak sesibuk hari biasa. Mungkin ramai penduduk Kuching yang sedang berehat di rumah sempena cuti hujung minggu.

Sampai sahaja di Pennview Inn, kami mengambil tempat untuk duduk. Dalam sibuk bersalam dengan al-wakil, saya terserempak dengan Aswa. Rupa-rupanya Aswa sepupu kepada si pengantin. Kami berbual panjang setelah duduk di meja yang disediakan. Belum lama selepas itu, datang lagi sekumpulan budak Politeknik yang amat saya kenal, group Nani & The Gang. Neng pun ada sama. Kami berbual sekejap sambil duduk menunggu pengantin.

Lebih sejam menunggu, barulah pengantin datang. Perut dah lapar, punyalah panas hati nak tunggu majlis hidangkan makanan. Tapi saya sabarkan hati dengan istighfar, niat mesti ikhlas. Datang ke majlis ini biarlah kerana Allah, bukan kerana nak makan. Tapi nak buat mcam mana, saya belum sarapan sejak pagi tadi!!!

Majlis berjalan dengan baik, walaupun sound systemnya terganggu beberapa kali. Setelah selesai upacara tepung tawar, makan nasi temuan dan potong kek, tibalah masa bagi wakil keluarga pengantin untuk menyampaikan ucapan terima kasih. Tapi sebelum itu, saya lupa nak ceritakan tentang sekumpulan 'spesis' yang datang pada majlis pengilan tersebut.

Kumpulan ini terdiri daripada beberapa budak perempuan, yang 'vogue' (mungkin mereka perasan diri mereka 'vogue'...). Mereka ni, dahlah datang akhir, pakain pun pelik. Macam pakaian penganut ajaran sesat pun ada. Baju nipis sampai nampak tali bra, pakai tiub dan yang paling menyakitkan mata, rambut kuning mengerembang. Macam singa!

Saya beristghfar berkali-kali. Mereka ni tak tahukah adab dalam majlis? Kenapa pakai pakaian yang tidak sopan? Tidak cukup dengan iut, mereka seolah-olah tidak menghormati majlis tuan rumah, yakni, mereka makan semasa tuan rumah masih berucap. Saya dan beberapa orang di meja saya mula merungut dengan tingkah laku yang memalukan itu.

Tidak cukup dengan itu, mereka bergambar pula dengan kamera handphone depan stage, ramai ramai. Macam sik kalak bergambar kata orang Sarawak. Adusss... marah benar saya dengan perangai mereka ni. Dah la pakai pakaian menjolok mata, ditambah lagi dengan perilaku yang tidak sopan. Mana dia adab bangsa kita di kalangan budak Melayu kita zaman sekarang?

Selesai majlis, saya tanya Aswa.

"Ada kau nangga nembiak meja belah tok tek?" Sambil saya menunjuk ke arah meja yang dimaksudkan.

"Ada, aok, pelik da jak rupa sidak. Pakaian ntah apa-apa. Dah la sik sopan" Jawab Aswa.

"Nya lah. Kedak gai ada juak tanggaku". Ujar saya sambil tergelak.

Saya pulang dengan perut kenyang tetapi hati yang sakit. Malu dengan perilaku kumpulan budak berkenaan. Saya semakin bimbang dan takut dengan keadaan budak-budak zaman sekarang. Dengan timbulnya isu pelajar pukul cikgu, merokok, dadah, arak, zina, clubbing, melawan mak bapak dan seribu satu macam lagi masalah sosial benar-benar membimbangkan saya.

Dalam seminggu ini, banyak cerita tentang gejala sosial yang saya dengar dan lihat. Seperti malam tadi, saya keluar lepak minum dengan Aman di Water Front. Saya parking kereta di depan Maybank, seberang Tun Jugah. Saya terdengar bunyi muzik yang membingitkan telinga, bila diselidik rupanya bunyi tersebut datang dari Monster Tounge, sebuah lagi tempat clubbing baru di Kuching. Happening, ramai pengunjung, gelap tetapi banyak lampu kelip kelip di dalam disko tersebut. Apa yang memeranjatkan saya bila Aman beritahu bahawa tempat tersebut buka 24 jam, maknanya kalau nak clubbing bila-bila masa boleh datang. Saya jawab kenyataan Aman dengan berkata ,

"Mun kita berzikir 24 jam dah jadi waliyullah dah kita kali."

Aman tersenyum mendengar kenyataan saya itu.

Saya berdoa semoga Kuching bukan hanya menjadi bandaraya yang cantik, aman dan bersih, tetapi juga semoga Kuching akan menjadi tempat bersinarnya cahaya iman di Nusantara. Insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan