Ahad, 14 Jun 2009

Amalan Kerohanian












Assalamualaikum,

Bismillah...

Kali ini izinkan saya berkongsi satu amalan rohani yang telah menjadi rutin harian saya. Bukanlah tujuan saya untuk menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada berkongsi agar memberi manfaat kepada kita semua.

Setiap individu Muslim mempunyai amalan rohaninya sendiri. Ini penting kerana perintah 'riyadhah rohani', atau dalam perkataan lainnya 'melatih jiwa' itu ada dalam perintah agama. Perumpamaan melatih jiwa ini sama seperti kita bersenam setiap hari. Jika rajin bersenam, insya Allah kesihatan kita akan bertambah baik. Demikian jugalah dengan rohani kita, semakin rajin kita melatihnya dengan zikrullah, insya Allah rohani kita akan menjadi semakin sihat dan bersih.

Amalan zikir pertama yang saya terima ialah wirid Al-Ma'thurat yang diajarkan murabbi usrah saya, Ust Hj Soleh bin Hj Hamden. Boleh dikatakan setiap ahli usrah 'diwajibkan' mengamalkan wirid ini setiap pagi dan petang. Saya juga mendapati wirid yang dikompilasi oleh asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini amat popular di kalangan gerakan Islam seluruh dunia. Difahamkan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir mewajibkan setiap ikhwan untuk mengamalkan wirid ini setiap hari.

Manfaat Al-Ma'thurat ini amat besar sekali. Di dalamnya terkandung beberapa ayat Al-Quran yang memang diajarkan direct dari Rasulullah. Malahan kebanyakan ayat-ayat inilah yang digunakan oleh para mua'llij untuk meruqyah dan merawat orang yang kerasukan. Ust Sarbini, seorang lagi murabbi saya pernah mengatakan dengan mengamalkan bacaan Ma'thurat ini kita akan terhindar dari fitnah dan hinaan manusia, gangguan jin dan syaitan , kemalangan dan lain-lain.

Wirid kedua dalam amalan saya ialah Hizib Bahar. Amalan ini saya terima dari ust Umar Fathullah Harun. Ketika itu saya dan sahabat saya, Sopet pergi berjumpa dengan ust Umar di Surau Madrasah TUNAZ, untuk menanyakan beberapa persoalan agama. Pada ketika itulah ust Umar mengajarkan kami bacaan Hizib Bahar sebagai amalan rohani harian. Selain itu, beliau juga mengajarkan kami Ratib Imam Umar Al Attas, sebagai tambahan. Namun saya jarang membaca ratib ini kerana telah cukup dengan 2 wirid sebelumnya.

Hizib Bahar ini juga banyak fadhilatnya. Di antaranya ialah menunaikakan hajat, menghindar dan mematahkan serangan sihir dan lain-lain. Namun apa yang nyata niat berzikir hendaklah kerana Allah, bukan kerana fadhilat.

Saya juga menggunakan bacaan Hizib Bahar semasa merawat kerana ust Umar turut mengajar kami bagaimana merawat orang yang kerasukan dengan menggunakan Hizib Bahar.

Saya membahagikan bacaan 2 wirid ini kepada pagi dan petang. Sebelah pagi selepas Subuh saya membaca Hizib Bahar, manakala untuk Al-Ma'thurat pula saya baca di sebelah petang selepas solat Maghrib.

Tetapi ini tidaklah tetap, kadang-kadang saya baca Hizib Bahar sahaja dan kadang-kadang Ma'thurat. Saya bersikap fleksibel dalam berwirid yakni tidak mahu memaksa diri dalam berzikir, kalau waktu Maghrib saya rasa hendak baca Hizib Bahar maka saya akan membacanya dan begitu jugalah sebaliknya.

Bacaan wirid-wirid ini juga tidak terhad di atas tikar sembahyang sahaja. Ia boleh dibaca di mana-mana asalkan bukan di tempat yang tidak suci. Kadang-kadang saya membaca wirid-wirid ini ketika driving kalau saya tidak membacanya selepas solat.

Saya amat menggalakkan setiap dari kita agar memilih satu wirid untuk menjadi amalan harian kita. Untuk permulaan, pilihlah Al-Ma'thurat kerana saya berpendapat wirid ini adalah yang paling basic. Buku wiridnya juga mudah untuk didapati di kedai-kedai buku berbanding dengan buku Hizib Bahar yang hanya dijual di kalangan ikhwan Tariqat Syaziliah sahaja. Saya membeli buku Hizib Bahar ini melalui online, dan apabila saya periksa sekali lagi stok buku ini sudah tiada. Memang rezeki saya kerana dapat membeli buku tersebut.

Mengamalkan wirid secara rutin akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Apabila dekat kepada Allah, maka akan mudahlah doa kita didengar dan dikabulkan Allah, kerana kita telah membina hubungan erat dengan Allah. Jiwa juga akan tenang dan sejuk, hati menjadi suci dan kudus berkat mengamalkan wirid. Nasihat saya lagi, pilihlah wirid yang ma'thur, muktabar dan sahih. Jangan pilih wirid yang tidak ada sandaran dan nas hadis ataupun Al-Quran. Jangan pilih wirid yang tidak diketahui asal usulnya, atau wirid yang sesat, ataupun wirid yang bercampur dengan mantera. Ini akan mengundang jin menjadi pendamping tanpa kita sedari. Na'uzbillah.

Wallahu'alam.

15 ulasan:

  1. Salam,

    Di tempat saya ada Ust.Dr. Musa Fadhullah Harun bekas pensyarah UTM dan pernah menjadi naqib saya. Mengikut kenalan ayahnya adalah seorang Tn. Guru iaitu Ust Fadhullah Harun. Dia juga wirid dalam buku dan amalannya. Untuk dijizahkan perlu puasa sunat 3 hari.

    Apakah Ust Fathullah Harun yang dimaksudkan adalah ayah Dr. Musa atau abang beliau? Dr. Musa sebaya dengan almarhum Ust. Fadhil mantan Presiden PAS... ie umurnya menjangkau 60 tahun.

    Minta penjernihan.

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ust,

    Ya benar. Dr Musa adalah abang kepada ust Ali dan Ust Umar Fathullah Harun. Dr. Musa merupakan pengarang buku Perjalanan Hidup Rabbani (kalau tak silap saya begitulah tajuk buku tersebut).Dalam buku tersebut ada dimuatkan Hizib Bahar,Hizib Nashr dan ratib Imam Umar.Sopet pernah bertanyakan tentang Hizib Nashr dgn ust Umar tapi beliau tidak mahu mengajarkan hizib tersebut terlebih dahulu kerana khuatir kami 'keberatan' amal, atau tidak mampu untuk 'merutinkan' hizib-hizib tersebut.
    Ketiga-tiga ustaz ini, merupakan anak kepada almarhum Kiyai Hj Fathullah Harun. Beliau pernah menjadi Imam Besar Masjid Bahagian Negeri Sarawak satu ketika dahulu.Kiyai Fathullah Harun sangat terkenal sehinggakan kalau bertanya dengan orang-orang tua sekitar Kuching memang ramai yang mengenali beliau.
    Kebetulan pula Dr. Musa tu murabbi ustaz. Saya pun selalu jugak ikut usrah adik dia, ust Ali tu.Sekarang ni dah jarang pasal ust Ali dah jadi mudir Madrasah Al-Quran di Bintulu. Jarang dah jumpa dia.

    BalasPadam
  3. Al matsurat sik hapal-hapal gik syeak..dek2 gik nok lain..

    BalasPadam
  4. Ya la urg nyuruh ngapal dari dolok gik. Hapal gik nun, kelak aku nak ndengar.

    BalasPadam
  5. salam, boleh tak upload hizib bahar tu di blog ust,terima kasih

    BalasPadam
  6. ada something yang menghalang blog ko tok..nok lain lain yang di tepi ya sik keluar....live traficc dan lain lain..ada kek jak...

    BalasPadam
  7. Salam,

    Amalan hizib bahar, kalau mengikut amalan Syeikh Abu Hassan Adz-Syazuli adalah selepas asar. Kalau dapat diamalkan bersama dengan adab2nya adalah lebih bagus dan jamil (lepas asar).
    Sekadar pendapat dari insan jahil. WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  8. AlhamduliLLAH, saya dapat buku tu direct dari Dr. Musa.... cuma belum beramal dgn hizib bahar kerana saya dapati ada persamaan dgn mathurat dll yang telah saya lazimkan... takut tak larat

    BalasPadam
  9. takut?. buat je arr..yg penting ikhlas.

    BalasPadam
  10. Salam. al-ma'tsurat itu juga disadur dari amalan-amalan thoriqah syadzaliyyah sebab Syahid Hasan al-Banna adalah pengamal thoriqat hasafiah syadzaliah. Bahkan doa akhir ma'tsurat itu adalah digubah oleh Imam Abul hasan asy-Syadzili.

    Oleh itu amat pelik jika ada ahli-ahli jemaah dakwah yang berpandukan ikhwan tetapi menolak tasawwuf dan thoriqat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ma'surat aslinya adalah wirid Zarruqiyyah Syadziliyyah

      Padam
    2. betul ma'surat aslinya adalah wirid Zarruqiyyah Syadziliyyah

      Padam
  11. salamualaikum, boleh tak sesiapa di sini boleh dapatkan saya buku perjalani rabbani karangan dr musa fatah harun. lama dah cari. k

    BalasPadam
  12. assalamualaikum, pengisian yang bagus :) terima kasih kerana sharing :)

    BalasPadam
  13. slm saya mengamalkan hizib bhr utk tujuan pedinding diri dan kerana ALLAH.. di ijazahkan oleh seorang ustaz yang merawat saya

    BalasPadam