Pandang dan Lihat, Dengar dan Berilah Perhatian, Tafsir dan Fikirkan, Faham dan Amalkan, Semoga Anda Zauq Dalam Kebahagiaan...
Sabtu, 13 Jun 2009
Makan Ulat Mulong Yang Creamy...
Jumaat lepas, selepas solat di IIC di Simpang 3, kami sepejabat singgah ke The Spring untuk membeli buku Kanun Undang-undang Tanah Negara di MPH Bookstore. Selepas membeli buku, kami berjalan-jalan sambil window shopping. Sir Habeeb sempat membeli sepasang selipar untuk kegunaan bersiar-sair. Mahal pulak tu...
Kami terhenti di satu sudut dalam bangunan The Spring di mana ada 'pasar minggu' di situ. Kami tertarik dengan seorang penjual yang menjual sayur dan... ULAT MULONG! Saya dan Harun teringat yang semasa out station di Mukah kami ingin mencuba bagaimana rasanya ulat mulong tersebut. Untuk makluman ulat mulong merupakan salah satu makanan ruji masyarakat Melanau di Sarawak.
Harun bertanya kepada saya sama ada hendak beli atau tidak, boleh cuba makan di ofis. Hati saya berbelah bahagi, antara nak cuba atau tidak. Ada rasa nak mencuba, tapi rasa geli pun ada. Harun terus mendesak, akhirnya kami meninggalkan si penjual kerana belum confident nak makan ulat tersebut.
Belum jauh menapak, Harun masih mendesak. Oleh kerana terasa dicabar saya pun bersetuju untuk mencubanya. Saya dan Harun beli 2 ekor, 40 sen seekor. Kami bawa ulat mulong tersebut ke ofis.
Tibalah saatnya, saya dan Harun menyahut cabaran Fear Factor edisi Sarawak, MAKAN ULAT MULONG! Kesemua staf pergi ke pantry untuk menyaksikan detik bersejarah itu. Dengan Wenndy (www.andysebli.blogspot.com) sebagai cameraman, dan Airwan sebagai hakim berbangsa Melanau menyaksikan kami makan ulat tersebut, manakala yang lainnya menjadi penonton. Saya mulakan dengan mengunyah biji sagu terlebih dahulu, tanpa membuang masa, saya terus ambil ulat mulong tersebut dan sumbatkan ke mulut. Dengan penuh perasaan saya kunyah dan terasa ulat tersebut bergerak-gerak di dalam mulut. Saya kunyah kepala ulat khuatir lidah saya digigit. Harun pula terpinga-pinga melihat saya mengunyah ulat tersebut. Staf perempuan menjerit melihat aksi saya .
Tiba giliran Harun, yang masih reluctant nak makan. Setelah beberapa kali di 'psycho' oleh Anan dan Sir Habeeb, Harun kunyah biji sagu dahulu. Setelah beberapa kali mencuba, dia terus menggigit dan memutuskan kepala ulat tersebut, kerana Harun takut ulat itu mungkin akan menggigit lidahnya kelak.
Dengan wajah berkerut-kerut, Harun cuba mengunyah dan menelan ulat mulong yang ada di mulutnya. Radzi pula dah termuntah-muntah di dalam tandas kerana geli-geleman melihat aksi kami makan ulat mulong.
Video aksi makan ulat mulong tersebut masih lagi di personal folder saya di ofis, belum sempat saya nak upload dalam blog ini. Masalahnya computer saya di ofis tidak dapat support kerana tidak mempunyai format yang bersesuaian. Insya Allah saya akan usahakan untuk upload video tersebut dalam posting yang akan datang.
Bagi yang tak pernah tengok ulat mulong, saya sertakan gambar ulat tersebut di atas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Rasanya hukum makan ulat mulong ni adalah haram. Saya pernah terbaca mengenainya. Dulu pernah teringin nak mencuba tapi setelah terbaca artikel tersebut beserta dalil maka terus cancel. Mungkin saya silap..
BalasPadamTerima kasih atas info tersebut. Saya pun baru tahu. Insya Allah saya akan lebih berhati-hati dan menyelidik ttg perkara ini.
BalasPadamKalau boleh anda sertakan artikel tersebut di sini supaya saya boleh baca. Syukran.
Saya mendengar banyak hukum ttg makan ulat mulong. Ada sesetengah ust mengatakan tidak mengapa kalau nak makan, ada yang kata makruh, ada yg kata haram. Yang kata tak mengapa ialah kerana ulat mulong sama mcm ulat dlm buah, maka boleh dimakan.
BalasPadamManakala pendapat lain, saya tidak tahu apa dalil yg mengatakan ulat muolong itu haram. Kalau ada sesiapa yg dpt menyertakan artikel mengenai hukum makan ulat mulong ini, tolong email kpd saya di ajeri_80@yahoo.com.my.
Kalau nyata makan ulat mulong ini haram, saya mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadanya di atas kejahilan dan kekhilafan saya.
Wallahu 'alam.
Salam Ajeri..
BalasPadamNi link yang saya dapat :-
http://al-syahidah.blogspot.com/2009/03/haram-makan-ulat-mulong-yg-seumpamanya.html
Terima kasih banyak2 atas link tersebut. Semoga Allah mengampuni saya kerana kejahilan saya mengenai perkara ini. Insya Allah saya akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
BalasPadamTerima kasih atas teguran anda. Semoga dirahmati Allah.
Bang e,
BalasPadamMena kata nya..
Mun x salah kmk, makan ulat mulong tok dh jatoh haram hukum nya kinek tok..
Dolok2 urg seh x tauk..
Kinek tok jak bok ada cdak ngeluar kenyataan madah mkn ulat mulong tok haram hukumnya...
haram..haram..syeikh...
BalasPadamapa kata next time kitak cuba makan mentadak, biawak, cicak atau badak sumbu untuk menjadi Fear Factor Siri 2 SPNB. hahah.
BalasPadamAssalamualaikum.. Ada banyak lagi makanan yang lain yang sahih halal n hikmahnya utk d makan, kenapalah ulat juga yg kita pilih utk d makan... Tapi ok juakkan, kita makan dulu ulat tu sblum ulat makan kita...wassalam...
BalasPadammacam ney rasa minatang ya owh??
BalasPadammacam ney rasa ulat ya dlm mulut owhh.. kembang aik lior mek eh...
BalasPadamadkah sure ulat mulong hram d mkn,,???
BalasPadamkmfius eh..