Pandang dan Lihat, Dengar dan Berilah Perhatian, Tafsir dan Fikirkan, Faham dan Amalkan, Semoga Anda Zauq Dalam Kebahagiaan...
Ahad, 21 Jun 2009
Koleksi Buku Ruqyah Terbaru
Alhamdulillah, semalam saya ke MPH The Spring, cari hadiah buku buat ayah tersayang sempena Hari Bapa. Dah jumpa buku yang dihajatkan, terjumpa pula buku tentang rawatan Islam. Buku bertajuk Ruqyah Syari'yyah, Himpunan Doa-Doa Ma'tsur Untuk Mengubati Guna-Guna, Sihir Kerasukan Iblis Dan Syaitan ini dikarang oleh Dr. Khalid bin Abdul Rahman Al-Jarisi.
Saya dapati dalam buku ini bukan sahaja menerangkan dan mengajar teknik rawatan, tapi ia turut menghimpunkan bacaan-bacaan ruqyah yang mengandungi 3 'stage', iaitu ruqyah ringkas, sederhana dan lengkap. Selain potongan ayat-ayat suci Al-Quran, turut dimuatkan ialah doa-doa yang Ma'tsur dari Rasulullah SAW. Boleh dikatakan buku ruqyah ini cukup lengkap dan sesuai untuk menjadi amalan bagi setiap Muslim yang ingin menjadi perawat.
Teknik rawatan adalah yang 'basic' dan biasa kita dengar seperti kaedah membuat air penawar, melepas dan menghancurkan sihir dengan air daun bidara dan garam dan lain-lain lagi.
Membaca buku ini mengingatkan saya kepada pengalaman pertama saya melibatkan diri dalam rawatan Islam atau ruqyah ini. Insya Allah dalam posting yang akan datang, saya akan ceritakan bagaimana saya boleh terlibat dalam bidang rawatan Islam @ ruqyah, insya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan