Rabu, 1 Julai 2009

Kembara Kabong Nan Permai...

Hari ini alhamdulillah saya selamat sampai ke Kuching setelah beberapa hari berada di Kabong. Seperti biasa, trip kali ini adalah untuk menemuramah bagi applicant Rumah Mesra Rakyat Skim Pembesaran Kampung Sungai Muroh, Kabong.

Pertama kali sampai di Kabong Isnin lepas dari Saratok, saya terasa seperti berada di negeri lain. Kabong terletak jauh nun hampir sampai ke tepi laut. Perkampungan nelayan ini adalah yang terhujung sekali, dengan melalui beberapa buah kampung seperti Sungai Alit, Sessang, Nyabor dan lain-lain. Untuk ke Kabong, kita terpaksa menggunakan jalan darat dengan masuk ke jalan Roban Baru (bukan Roban Lama). Dan kerana tersesat jalan itulah saya dan Zulhatta lambat sampai ke tempat tujuan.

Interview berjalan seperti biasa pada mulanya, namun keadaan menjadi agak kelam-kabut apabila semakin ramai pemohon datang mengerumuni saya dan Zulhatta untuk ditemuramah. Borang dan tag nama yang telah saya susun pun berterabur oleh pemohon. Masya Allah, geram di hati Allah saja yang tahu. Saya terpaksa bersabar dengan karenah orang kampung kerana tidak mengikut peraturan. Apa salahnya jika mereka duduk dan menunggu nama mereka dipanggil? Mengapa mesti mengerumuni meja kami dan bertanya itu ini sedangkan giliran mereka belum sampai? Tidak sabarkah nak dapat rumah?

Ketika dalam perjalanan pulang ke hotel petang tersebut, Zulhatta meluahkan kekecewaannya mengenai peristiwa yang kami alami sepanjang hari tersebut. Apa yang dapat kami lakukan hanyalah mampu bersabar dengan karenah orang kampung tersbut. Kami berpendapat kami tidak boleh menyalahkan mereka berkelakuan sedemikian kerana mentaliti orang kampung tidaklah sama dengan orang bandar.

Selasa malam Rabu, Faizul dan 2 staf SPNB Sabah datang ke Saratok, dan check in di Victoria Inn. Kami makan malam bersama, dan saya berpeluang beramah mesra dengan kawan baru dari Sabah bernama Hussein dan Asrol. Sambil makan, kami bercerita tentang hari yang dilalui dan pengalaman temuramah orang kampung. Banyak cerita lucu yang dikongsi hingga kami ketawa sepanjang sesi makan malam tersebut. Rupa-rupanya cerita Faizul lebih teruk lagi dari kami. Faizul dan 2 staf SPNB tersebut menemuramah penduduk kampung di Lingga, Sri Aman. Ramai pemohon yang datang, sehinggakan Faizul dan kawan-kawan teruja untuk menemuramah berikutan ramainya yang berminat nak apply Rumah Mesra Rakyat. Setelah sedia untuk diinterview, yang melucukan ialah boleh kata seluruh penduduk kampung yang datang tidak membawa dokumen dan I.D. Kalau dah takde dokumen, macam mana nak isi borang? Pening-pening. Ini nak beli rumah, bukan beli ayam kat pasar. Faizul hanya mampu mengurut dada melihat perangai orang kampung tersebut.

Lain pula Hussein dan Asrol, dua-dua orang Sabah. Penduduk kampung pula bercakap dengan loghat tempatan dengan mereka berdua. Natijahnya, mereka tidak faham apa yang dituturkan, samalah seperti ayam bercakap dengan itik.

Kalau nak diceritakan memang macam-macam perkara yang berlaku sepanjang sesi traveling kali ini. Ini cuma sebahagiannya sahaja, kadang-kadang tersenyum seorang diri saya apabila mengenangkan peristiwa tersebut.

Walaubagaimanapun, banyak juga tempat-tempat menarik di Kabong. Sempat juga saya singgah membeli ikan lumek salai seperti yang dipesan oleh Ust Soleh pada hari sebelumnya. Kabong memang indah, jauh dari pencemaran. Di seberang muaranya terdapat satu tempat yang bernama Paloh. Yang mengejutkan saya, ada 30 buah rumah sahaja di situ, dan mereka masih menggunakan generator dan air hujan sebagai keperluan harian. Masya Allah, di zaman sekarang masih ada lagi yang hidup dalam keadaan dhaif dan jauh dari arus kemodenan. Untuk ke Paloh terpaksa menggunakan bot kerana di sana tidak ada jalan darat.

Saya berasa insaf juga apabila melihat keadaan orang di pedalaman. Saya bersyukur kepada Allah kerana hidup dalam kecukupan dan serba lengkap. Allah telah memberi banyak nikmat kepada saya. Alhamdulillah. Segala Puji untukMu Ya Allah.

Renung-renungkanlah nikmat di sekeliling kita. Kita hidup jauh lebih mewah dari mereka yang berada di pedalaman. Semoga keinsafan menerpa di hati kita. Insya Allah.

4 ulasan:

  1. Walaupun ketika ini umat islam ditindas..
    Janji Allah pasti Islam akan menang..

    BalasPadam
  2. Bang, susahnya nak dapat borang rumah mesra rakyat ni. Minta sana tendang sini, minta sini tendang sana. Itu baru nak dapat borang. pun dah penuh dengan karenah birokrasi. Kalau sesiapa boleh tolong harap hubungi hp 012-9161042. atau Azahari.abdullah@yahoo.com. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Kat bandar pun org berebut2...X semestinya org kampung yg tak bermentaliti...Memang dh sikap manusia begitu...Saya org Kabong,tapi tinggal kat bandar disebabkan saya bekerja...Jauh disudut hati saya,saya memang suka tinggal di kampung.

    BalasPadam
  4. mcm ni lah pekerja kerajaan. harapkan je gaji tapi keja ckit stres je terus nak bising

    BalasPadam