Sabtu, 13 Jun 2009

Rahsia Tenaga Dalam


Bismillah...

Posting kali ini saya ingin menceritakan tentang ilmu tenaga dalam yang semakin marak dalam masyarakat kita. Ini berikutan apabila saya melihat semakin banyak iklan-iklan yang menawarkan ilmu reiki, kebatinan, perubatan batin dan tradisional, silat ghaib, kundalini dan lain-lain. Selain itu, tulisan kali ini juga didorong oleh rasa ingin berkongsi info tentang ilmu ini setelah menonton video tentang tenaga dalam yang dipost oleh Ust Majid dalam blog beliau.

Jumaat lepas, saya dan staf SPNB sembahyang Jumaat Islamic Information Center, Kuching yang terletak di Simpang Tiga, atau lebih tepatnya di belakang Universiti Swinburne. Saya tertarik dengan satu 'flyer' yang diletakkan di atas tabung masjid tersebut, di mana ia mengiklankan kursus dan perkhidmatan pemeriksaan perubatan percuma di sebuah hotel di Jln Nenas.

Pada flyer tersebut, ada menyebutkan tentang ilmu aura, pemulih perniagaan, ilmu syifa dan lain-lain. Saya agak tertarik dengan iklan tersebut lalu menelefon ke nombor yang tertera di sebelah petangnya setelah saya pulang dari kerja. Melalui perbualan telefon tersebut, penganjur kursus ini datang dari semenanjung Malaysia, dan mereka menawarkan ilmu reiki, aura dan lain-lain selama sehari. Apa yang mengejutkan saya, yuran kursus berharga RM 400, hanya untuk satu hari sahaja.

Saya membatalkan hasrat saya untuk join kursus tersebut, kerana harganya terlalu mahal dan tidak berbaloi. Lebih baik saya join Darussyifa, kerana kalau tidak silap saya yuran Darussyifa cuma rm 200 lebih untuk setahun, macam-macam ilmu saya boleh pelajari. Kalau Darussalam pimpinan ust Ismail Kamus pun rm 250 untuk 3 hari, Ust Majid dari AKRINE pun rm 200 untuk 2 hari, Sinar Zamdurrani yang akan diadakan di Masjid Asy Syakirin Bintulu lagi murah, rm 30 sahaja untuk satu hari. Boleh dapat ijazah perubatan Islam lagi!

Apa yang saya tahu tentang aura dan reiki ialah ia lebih kurang seperti ilmu perubatan alternatif yang menggunakan teknik sentuhan tapak tangan ke bahagian yang sakit, dengan beberapa kaedah seperti pernafasan, niat, imaginasi dan lain-lain. Reiki ada melibatkan tulisan-tulisan pelik pada tapak tangan semasa proses rawatan dijalankan. Ini meragukan saya dan kerana sebab ini jugalah saya membatalkan hasrat saya untuk mengikuti kursus tersbut, khuatir aqidah saya tergugat dan terjebak dalam syirk yang tidak diketahui.

Berkenaan dengan video tenaga dalam yang saya tonton di blog AKRINE, saya berpendapat pada klip video yang terakhir, guru tersebut kalah kerana si penyerang mampu mengawal emosinya dari 'dikawal' oleh sang guru tenaga dalam tersebut. Teringat saya semasa usrah kami mengadakan ziarah Hari Raya Aidilfitri di rumah ust Ali Fathullah Harun, beliau bercerita mengenai ilmu tenaga dalam. Kalau di Indonesia, ilmu ini memang terkenal. Boleh kata ramai masyarakat di Nusantara ini tahu dan amat meminati ilmu pukulan jarak jauh ini. Kalau di Malaysia mungkin kita pernah dengar tentang Jurus Nasrul Haq yang diharamkan kerajaan, dan Cakra Alam yang terbongkar kepalsuannya. Namun masiha ada lagi perguruan-perguruan lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negara kita menawarkan kursus dan ilmu sedemikian rupa.

Ust Ali menceritakan semasa beliau masih muda, beliau pernah merantau hingga ke Jawa untuk menuntut ilmu sebegini. Ilmu ini diisi pada rusuk kanan dada si pengamal, demikianlah yang saya dengar. Dan kalau tidak silap saya, ilmu ini juga terbahagi kepada 2 iaitu menggunakan jin dan menggunakan tenaga murni dari alam. Untuk yang ilmu yang kedua (menggunakan tenaga murni alam) saya tidak berani nak ulas kerana saya belum menemui titik penyelesaian bagi hukum ilmu ini.

Ust Ali mengatakan, di antara rahsia 'kemujaraban' ilmu ini ialah si pengamal hendaklah memancing emosi si penyerang. Pastikan si penyerang beanr-benar marah dan emosional, dan si pengamal tidak boleh memulakan serangan terlebih dahulu. Hanya biarkan si penyerang yang memulakan serangan. Apabila 'opponent' dah benar-benar marah, barulah si pengamal mengatur nafas dan jurus-jurusnya, dan mungkin juga ada melibatkan bacaan mantera dan lain-lain. Pada ketika inilah si pengamal mula menyerang dan menjatuhkan lawan dari jarak jauh.

Semakin marah si penyerang, semakin parah yang ia akan terima akibat dari pukulan jarak jauh ini. Silap haribulan boleh muntah darah.

Ust kami menyimpulkan bahawa kunci rahsia kekuatan pukulan jarak jauh ini ialah keupayaan untuk 'mengeksploitasi' ammarah dan emosi si penyerang. Untuk mematahkan ilmu ini, cukup dengan mengawal emosi kita dari dikuasai oleh pengamal ilmu tersebut. Caranya dengan banyakkan bertenang dan berzikir bila berhadapan dengan orang tersebut. Ustaz menyarankan kami membaca 'lahaula wala quwwata illa billah hil 'aliyil 'azhim' banyak-banyak, agar iman kita mantap kepada Allah, meyakini bahawa hanyalah Allah yang memberi kuasa dan kudrat kekuatan, dan agar jiwa kita tenang tenteram.

Ada diceritakan dalam usrah kami, salah seorang sahabat kami yang pernah belajar di sebuah universiti di Indonesia, Akhie Salihen namanya. Beliau menuntut ilmu persilatan semasa di universiti, iaitu Silat Setia Hati. Maka satu hari, ada atraksi tenaga dalam sedang dipersembahkan. Seorang guru akan membuat satu garisan secara isyarat tangan untuk membuat pagar ghaib. Semua anak murid perguruan tersebut disuruh melintas garisan tersebut, namun gagal. Seolah-olah pada garisan tersebut ada 'dinding' yang menghalang mereka dari melintas garisan tersebut.

Apabila tiba giliran akhie Salihen, beliau teringat apa yang dipesan oleh ust Ali. Lalu beliau menenangkan emosi, memasrahkan dan memusatkan jiwa raganya hanya kepada Allah. Dengan lafaz bismillah, beliau dapat melintasi garisan tersebut. Kesemua orang yang menyaksikan peristiwa tersebut terkejut, kerana tidak menyangka seorang anak Malaysia dapat 'mematahkan' ilmu tersebut. Akhie Salihen menceritakn kepada saya beliau tidak menggunakan ilmu apa-apa, cukup dengan pasrah kepada Allah dan zikir sahaja. Itulah berkat kekuatan yakin kepada kekuasaan Allah. Hanya dengan bismillah, ilmu ini dapat dipatahkan.

Hasil pergaulan saya dengan orang yang mendalami ilmu ini juga mendapati bahawa kaedah untuk menjadikan ilmu ini mujarab ialah dengan provokasi juga. Sebab itu salah satu syarat ilmu ini ialah ia bersifat defensif, bukan offensif. Menyerang apabila diserang, kalau menyerang memang tak menjadi.

Wallahu 'alam.

8 ulasan:

  1. BELAJAR DULU TENAGA DALAM..BARU BICARA TENTANG SESUATU ILMU..JGN BICARA TANPA ILMU..SETIAP ILMU ADA PERATURAN DAN CARANYA SENDIRI..

    BalasPadam
  2. Klu xpenah menuntut jgn pandai megolah x baik...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. Sebenarnya bukan emosi semata mata. Tenaga dalam ini berfungsi atas niat orang yang menyerang. kalau niatnya buruk , buruklah atau teruklah kesannya.Jika niat tak cukup kuat atau cuma bermain main seharusnya sipengamal ilmu tenaga dalam ini mempunyai bela diri fizikal yang lain untuk membela diri mereka . Jika tak .........

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ga penjual buku tenaga dalam di cilacap?

      Padam
  4. hoi kok ga di bales

    BalasPadam
  5. Lantak korang lahh.. Aku bukan duk minat ilmu tenaga dalam pun.. Aku minat ilmu paranomal, kalau bab pendekar, hanya cukup aku gunakan fizik sendiri dan ditambahkan sedikit ilmu pukulan berat.. Aku tak minat jurus pukul jarak jauh pa semua tu.. Tak gentel namanya... Hahaha.. Bukan nak berlagak.. Cuma nak cerita

    BalasPadam