Ahad, 7 Jun 2009

Pening...

Saya tiba di Kuching pada Sabtu yang lepas, selepas mengadakan lawatan kerja (site visit) di Mukah dan Saratok. Saya dan Harun tiba jam 6:15 petang Sabtu yang lalu dengan menggunakan kereta Hilux pejabat. Perjalanan yang meletihkan kerana banyak kereta di lebuhraya, kadang-kadang bertembung pula dengan lori trailer panjang yang jalan beriringan dan 'jem' di beberapa tempat. Ini disebabkan kerana ramai yang pulang ke tempat kerja masing-masing setelah tamat cuti Gawai Dayak.

Sempat juga saya dan Harun melihat suasana ramai dan meriah semasa singgah untuk solat jamak-qasar dan makan di restoran simpang Sri Aman. Suasana di restoran tersebut memang selalu menjadi tempat persinggahan bagi 'pengembara' jalan darat di bumi Kenyalang yang bertuah ini. Banyak kemudahan di sediakan seperti gerai makan, surau dan juga tandas awam.

Setibanya di rumah, saya segera membersihkan diri, mencuci baju dan berehat. Setelah makan malam, Azman pula mengajak saya untuk menemani dia dan keluarganya untuk makan malam di luar. Saya menerima ajakannnya. Setelah berkemas lebih kurang, Azman menjemput saya di rumah.

Selepas makan malam, Azman menghantar saya pulang kira-kira jam 12:10 pagi. Dalam keadaan mengantuk itu, sempat juga saya online sehingga jam 4:00 pagi. Natijahnya, saya mengalami tinggi darah dan pening kepala akibat kurang tidur pada keesokan harinya (Ahad).

Pagi Ahad itu saya menghadiri majlis perkahwinan Ust Sophian @ Sopet di Kpg Surabaya Hulu. Saya datang dengan Azman, setibanya di sana, orang ramai telah hadir. Ramai juga kawan-kawan dan sahabat di kalangan ikhwah yang hadir. Boleh dikatakan hampir semua ahli usrah dari murabbi yang berlaiann datang untuk meraikan hari bahagia bagi Sopet dan isterinya. Kelihatan ust Ali Fathullah Harun dan juga Ust Ariffin hadir bersama keluarga masing-masing. Ust Syarifuddin dari Pejabat Mufti turut hadir bersama.

Seperti biasa, apabila kami bertemu, macam-macam perkara yang dibualkan. saya berkesempatan berbual dengan rakan lama saya, Hatta yang pernah menjadi bilal di Masjid Jamek Negeri Sarawak dahulu. Sekarang Hatta bekerja sebagai Pegaawai Agama Jakim di PULASAR, Sarawak.

Selesai kenduri, saya pulang ke rumah. Kepala saya pening berdenyut-denyut, mungkin kerana cuaca panas dan kurang tidur agaknya. Selesai solat Zuhur, saya telan pil Uphamol dan tidur di ruang tamu.

Saya dikejutkan dari tidur jam 5:30 petang, ada panggilan dari Sir Habeeb. Saya call balik dan mengatakan akan menghantar kereta pejabat selepas solat Asar. Setelah menghantar kereta pejabat, saya mandi dan mengemas diri. Petang itu saya menonton Astro Prima yang menayangkan dokumentari tentang Rosli Dhobi, hmm... agak menarik juga. Banyak juga yang saya tidak tahu tentang pejuang kemerdekaan ini, saya hanya membaca kisah pejuang ini sedikit sahaja dalam buku sejarah, tidak terlalu detail.

Kepala saya kembali pening selepas Maghrib. Saya call semua kawan-kawan untuk makan malam bersama. Maklumlah, family saya semuanya ke KL, tinggal saya seorang sahaja di rumah. Tetapi semua kawan-kawan yang di'call' tidak dapat menunaikan hajat saya kerana masing-masing telah mempunyai rancangan malam itu. Saya ke Batu Kawa untuk menziarahi mak saudara serta sepupu saya.

Setibanya di Batu Kawa, saya berbual mesra dengan Auntie Nani dan Uncle Salleh. banyak perkara yang dibualkan, mungkin kerana saya sudah lama tidak menziarahi mereka. Tahlil Auntie Tina minggu lepas pun saya tidak dapat hadir kerana ada kursus ESQ 165.

Selepas itu saya meminta diri dan pergi ke rumah sebelah, rumah Uncle Dillah. Saya meminta Awin, sepupu saya untuk urut refleksologi di tapak kaki bagi menghilang pening kepala. Awin memang pandai urut refleksologi, selesai beurut, sakit kepala pun beransur reda. Sempat juga Awin menghidangkan makan malam kepada saya berupa sup daging dan nasi beras merah. Saya makan dengan berselera, tambahan pula perut saya memang lapar sejak Maghrib tadi.

Semasa berbual dengan Awin, Radzi call ke HP saya. Saya tidak sempat menyahut kerana sedang makan. Saya call Radzi balik semasa dalam perjalanan pulang, mengatakan yang saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Asal plan nak pegi makan malam sama terpaksa dibatalkan kerana telah lewat. Tambahan pula sms ajakan Wan Faisal untuk makan malam dengan Yusuf pun terpaksa saya tolak kerana malam telah terlalu lewat.

Setibanya di rumah, saya menyeterika baju untuk kerja esok harinya. Sempat juga saya membancuh dan minum air misai kucing untuk menurunkan darah tinggi saya, mungkin kerana itulah saya pening kepala agaknya.

Saya tidur setelah membaca majalah Solusi yang saya beli semalam,dalam keadaaan keletihan...

2 ulasan:

  1. Yalah... Sampey masa utk kawin.. Dapat juak bini masak k ktk, neman k ktk.. kah kah kah!

    BalasPadam
  2. salam...mo tnya...mun di kuching, cne ktk beli majalah solusi ya?

    BalasPadam