Hari ini ibu dan ayah saya ke KL, maka saya dari ofis terus menghantar mereka ke airport. Rancangannya ayah menjemput saya di ofis, kemudian saya menghantar mereka terus ke airport.
Sementara menunggu mereka datang, saya duduk di ruang tamu ofis sambil menonton tv. Datang pula Radzi ke ofis selepas menemani boss mengambil laptop di Wisma Saberkas. Radzi menemani saya menunggu sambil bersembang.
Tepat jam 5 ptg, ayah sampai dan menjemput saya. Saya dan Radzi menutup ofis dan pulang. Destinasi kami sekeluarga petang itu ialah ke Kota Sentosa atau lebih dikenali di kalangan warga Kuching sebagai Pasar Batu 7. Kami bersungkei (berbuka puasa) di sebuah restoran mamak terkenal di situ. Bryani ayam goreng dan teh halia panas, memang menyelerakan.
Saya dan adik saya, Adie memecut pulang setelah menghantar ibu dan ayah ke airport. Sempat juga kami menunaikan solat Maghrib di surau airport. Saya bergegas pulang kerana nak bertarawih.
Sesampainya di rumah, saya solat Isyak di rumah. Kemudian saya memecut kereta Vios ayah ke Masjid Jamek untuk bersolat tarawih. Seronok juga mendengar imam hafiz membaca sejuzuk Quran ketika tarawih. Suara imam hafiz itu amat merdu dan sebutannya jelas. Saya juga mengikuti bacaan imam melalui skrin layar yang menayangkan Al-Quran di hadapan jemaah.
Selesai tarawih, saya bergegas ke Semariang Batu. Ada temujanji dengan pesakit yang terkena gangguan jin. Temujanji ini telah diatur oleh Bg Abdul Rahman Hassan, dan si pesakit juga merupakan kawan baik beliau.
Simptom gangguan diceritakan satu-persatu oleh si pesakit. Pesakit telah menghidap sakit ini lebih dari 20 tahun. Pelbagai perawat Islam dijumpai termasuklah bomoh dan dukun. Kalau dulu gangguan teruk, kini gangguan tersebut telah beransur sembuh namun masih ada lagi jin dalam tubuh pesakit.
Saya menggunakan teknik ruqyah seperti biasa, cuma kali ini saya tambah penggunaan kaedah Teknik Rotan Objek (TRO) seperti yang saya pelajari dari ust Majid. Ketika TRO dijalankan, tiada reaksi dari pesakit. Pesakit cuma mengadu muntah, meremang bulu roma dan pening. Saya syak jin masih ada dalam badan.
Saya guna kaedah hiris pada leher pesakit dan kaedah tarik-buang. Saya baca ayat ruqyah pada ubun-ubunnya dan hembus dengan niat membakar dan menyakiti jin dalam tubuh. Pada ketika inilah saya melihat sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh saya...
Saya melihat wap putih @ asap keluar dari hidung dan mulut pesakit...
Saya sudahi rawatan selepas itu. Saya, Wan Sudirman dan Bg Man menerangkan serba sedikit tentang ruqyah dan aqidah Islami kepada keluarga pesakit. Ini biasa kami lakukan kerana dakwah perlu disampaikan kepada pesakit agar aqidah menjadi lebih mantap dan kuat bagi berhadapan dengan ujian berupa sakit disebabkan gangguan makhluk halus ini.
Saya pulang dengan batuk yang menjadi-jadi. Ketika merawat tadi pun saya diserang batuk, dan sedikit sebanyak mengganggu bacaan ruqyah saya.
Ishfi antasy syafi, Ya Allah...
macam mana keadaan pesakit tu? beransur sembuh?
BalasPadamBelum nampak kesembuhan.Tp saya nasihat si pesakit agar buat rawatan susulan.
BalasPadamDah terlalu "tebal" kekuatan makhluk itu juga bertambah bila bertemu dgn bomoh,yg lain juga ambik ruang masuk..kena buat rawatan ulangan atau bekalkan air ruqyah utk jadikan amalan minuman & mandian pesakit utk tempoh yang lama..wallahualam
BalasPadamALLAH JUA MAHA TAHU DAN MAHA BERKUASA..