Sabtu, 6 Februari 2010

Misteri Batu Katak

Sesiapa yang biasa travelling dengan menggunakan jalan darat untuk ke Miri dan Bintulu di Sarawak ini, pasti akan lalu di sebuah tempat yang terkenal di kalangan kaki ekor. Tempat yang saya maksudkan ialah Batu Katak yang terletak di jalan Sibu - Bintulu, terletak sebuah tempat sembahan kaum Cina atau dalam nama lainnya, tokong.

Perjalanan ke Bintulu bulan Januari yang lepas memberi kesempatan kepada saya untuk merakam gambar dan meninjau kemisterian Batu Katak ini dengan lebih dekat bersama dengan rakan sepejabat saya, Harun. Sebelum ini, saya memang dah maklum dengan kewujudan batu ini kerana kerap berulang-alik dari Kuching ke Sibu, Bintulu, Miri dan Lawas. Pertama kali melihat batu ini telah menimbulkan tanda tanya dalam diri saya, apa yang ganjil dan misterinya batu ini. Rupa-rupanya batu ini adalah tumpuan kaki ekor untuk 'berdoa' supaya nombor yang mereka pertaruhkan di kedai nombor ekor boleh 'naik' dan menang hadiah.

Dari cerita lisan orang persekitaran dan juga info dari Harun sendiri, saya mendapat tahu bagaimana asal mulanya Batu Katak ini.

Dikisahkan, satu jalanraya bertar akan dibina dari Bintulu hingga ke Sibu, namun di tengah laluan jalan tersebut terdapat sebongkah batu yang amat besar. Batu tersebut hendak dipecahkan dengan menggunakan bulldozer, namun bulldozer pula meragam tidak mahu bergerak. Jentolak digunakan, juga tak berhasil. Malah pekerja-pekerja pula diganggu oleh entiti ghaib yang tidak diketahui dari mana datangnya. Pihak kontraktor mengambil keputusan untuk meletupkan batu tersebut dengan menggunakan dynamite. Maka diupahlah pakar bom batu untuk mengambil alih tugas memecahkan batu tersebut. Lubang pada batu besar tersebut pun ditebuk, dan dimasukkan dynamite di dalamnya. Pada saat hendak diletupkan, dynamite tersebut tidak meletup. Digantikan dengan dynamite yang lain, pun masih gagal untuk meletupkan batu tersebut. Akhirnya, pihak kontraktor meninggalkan batu tersebut dan lencongan jalan raya dibuat bagi meneruskan projek tersebut.

Belum lama selepas itu, datanglah seorang cina pergi ke Batu Katak ini setelah mendengar kemisterian batu tersebut. Si cina tersebut melakukan pemujaan dan meminta kepada si penunggu batu agar memberinya nombor ekor yang boleh menang 1st prize. Singkat cerita, si cina tersebut menang nombor ekor dan menjadi kaya tidak lama selepas itu. Sebagai tanda terima kasih, lelaki cina tersebut membina tokong untuk batu tersebut dan sejak hari itu ramailah yang datang untuk memuja dan meminta nombor ekor.

Selain itu, banyak juga kisah misteri yang menyelubungi batu ini seperti ada orang mendakwa diganggu perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan ketika lalu di hadapan tokong ini pada waktu malam. Tokong ini amat mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalan besar menuju ke Bintulu. Saya sendiri merasa kurang selesa ketika berada di situ semasa hendak merakam gambar Batu Katak tersebut.

Pengajaran yang kita dapat dari kisah Batu Katak ini ialah, nilai harga diri manusia boleh jatuh dan hina hanya kerana wang dan kemaruk harta. Ini jelas apabila ada yang buat kerja bodoh dengan menyembah batu dan meminta harta kepada benda majazi (tidak bernyawa. Aqidah yang benarlah yang dapat meningkatkan darjat kita di mata makhluk Allah, bukan dengan menyembah batu dan seumpamanya. Saya berasa sedih, kesal dan marah apabila masih wujud tempat-tempat syirik seperti ini di negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara. Apa yang saya khuatirkan, ada pula kelak orang Melayu beragama Islam datang ke tokong ini untuk berhajat dan meminta nombor ekor. Ini tidak mustahil kerana kalau harta dan wang telah mengaburi mata, aqidah pun boleh dijual untuk kepuasan nafsu.

Kalaulah saya ada kuasa sebagai pemimpin, kemungkinan besar saya akan arahkan supaya Batu Katak ini dihancurkan.

Batu Katak

Entah apa la maksud tulisan tu yek?

Harun, jangan nak buat kerja mintak nombor kat batu tu! hehehe



Kata orang batu ini mendapat namanya kerana kalau lihat dari jauh, nampak macam seekor katak.
AMARAN : BERJUDI HARAM DI SISI AGAMA ISLAM!

14 ulasan:

  1. Dapat nampak lubang-lubang dynamite tu kan.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya terdapat batu helang yg berada di bhgn belakang tidak jauh dari batu katak tersebut. Utk makluman anda rh pjg yg berdekatan dgn batu tersebut lebih kurang 500m di bhgn seberang batu tersebut Ada sebuah perkampungan yg telah mjd batu. Sungguh ajaib ciptaan Yang Maha Esa

    BalasPadam
  4. Itu bukan tua pek kong keoercayaan batu katak tu dari puak iban..apa melencong la citer

    BalasPadam
  5. Untuk pengetahuan anda. Batu ini telah pun dihancur beberapa hari yang lepas. Namun pelbagai perkara misteri yang berlaku semasa dan selepas aktiviti meruntuhkan batu tersebut. Sekian

    BalasPadam
  6. Kenapa nak sangat runtuh kan batu tu..Bukan nya kacau pun..Diorang yang nak percaya sangat yang benda tu...Batu tu boleh di jadi kan tempat bersejarah untuk sarawak bukan untuj dimusnah..Apabila batu t dimusnah akan terjadi sesuatu and benda disitu akan marah dan jalan situ akan ada satu kes suatu hari nanti look and see...

    BalasPadam
  7. dah musnah pun pok...teda bole buat apa2 lg...

    BalasPadam
  8. silakan la kau robohkan batu tu kalau kau nak mati, tu kepercayaan Iban dulu. batu tu dihadiahkan oleh Bungai Nuing dari dunia atas ke bawah sini untuk menolong orang yang susah. Batu itu juga tempat rentap bertapa meminta restu dan ilmu sebelum " NGAYAU " . Benda dah tumbuh dah wujud dekat situ buat apa nak robohkan? Cuba kau yang lahir tu aku nak kau mati? KAU NAK?

    BalasPadam
  9. silakan la kau robohkan batu tu kalau kau nak mati, tu kepercayaan Iban dulu. batu tu dihadiahkan oleh Bungai Nuing dari dunia atas ke bawah sini untuk menolong orang yang susah. Batu itu juga tempat rentap bertapa meminta restu dan ilmu sebelum " NGAYAU " . Benda dah tumbuh dah wujud dekat situ buat apa nak robohkan? Cuba kau yang lahir tu aku nak kau mati? KAU NAK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. robohkan je la. Bungai Nuing sepatutnya ajar org utk berusaha cari duit. bekerja, ambik belajar pendidikan, berusaha bercucuk tanam. bukan tulis je nombor ekor kat batu terus dapat duit. aduhai, senang nye hidup.

      Padam
  10. Islam agama rasmi negara, sarawak takde agama rasmi yerr ...tanpa batu pown ade jerr melayu muslim berjudi, jangan salahkan batu.

    BalasPadam
  11. Pengajaran yang kita dapat dari kisah Batu Katak ini ialah, nilai harga diri manusia boleh jatuh dan hina hanya kerana wang dan kemaruk harta. Ini jelas apabila ada yang buat kerja bodoh dengan menyembah batu dan meminta harta kepada benda majazi (tidak bernyawa. Aqidah yang benarlah yang dapat meningkatkan darjat kita di mata makhluk Allah, bukan dengan menyembah batu dan seumpamanya. Saya berasa sedih, kesal dan marah apabila masih wujud tempat-tempat syirik seperti ini di negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara. Apa yang saya khuatirkan, ada pula kelak orang Melayu beragama Islam datang ke tokong ini untuk berhajat dan meminta nombor ekor. Ini tidak mustahil kerana kalau harta dan wang telah mengaburi mata, aqidah pun boleh dijual untuk kepuasan nafsu

    apa punya cerita sampai tulis benda ini,,kau pun ku rasa sama juga.kalau napak wang dunia tidak ingat,,hahhah,,,sapa lah kambing yg padai2 tambah cerita macam ne,,, i say lancauuuuu luuuu

    BalasPadam
  12. Kenape nak musnahlan batu yang tu? Kenape tak musnahlan pemain batu?

    BalasPadam