Ada pelbagai kaedah untuk merawat sihir dan saka. Namun, kesemuanya masih tertakluk dalam kuasa Allah dan kuasa penyembuh hanya milikNya semata-mata. Semua kaedah boleh digunakan asal tidak bercanggah dengan syariat.
Di sini saya ingin berkongsi kaedah "Do It Yourself" bagi sesiapa yang mengalami masalah shir dan saka. Apa-apa pun, kesembuhan tetap milik Allah, kaedah ini hanya sebahagian sahaja dari pengetahuan yang ada dalam pembelajaran saya dalam bidang rawatan Islam.
Bahan2 yang perlu disediakan utk merawat.
1. Air mineral 2 botol besar
2. Limau purut, atau jika tiada limau nipis 21 biji.
3. Minyak attar Kasturi
4. Madu asli
6. Beras
Untuk bahan2 tersebut, bacakan ayat2 berikut,
1. Al-Fatihah 41 kali
2. Ayatul Kursi 7 kali
3. Surah al-A'raf ayat 117-122, 3 kali
4. Surah Yunus ayat 81-82, 3 kali
5. Al Ikhlas 3 kali
6. Al Falaq 3 kali
7. An Nas 3 kali
Selesai membaca ayat2 ruqyah tersebut, hembus kesemua bahan2 sebanyak 3 kali sehingga habis nafas. Semasa menghembus, berdoalah dalam hati dengan menyebut "Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Kau berkahilah bahan-bahan ini dengan sebab bacaan Quran yang telah kubacakan, semoga menjadi penyembuh bagi segala bentuk penyakit zahir dan batin. Amin".
Air mineral, sebotol untuk minum manakala yang sebotol lagi utk mandi. Minum sebelum tidur dan bangun pagi sebelum sarapan. Untuk mandian pula, tadah air sebaldi, potong 3 biji limau, perahkan ke dalam air tersebut dan masukkan sekali hampas limau tersebut dan titikkan sedikit minyak Attar Kasturi ke dalam air mandian . Buat mandian bersih terlebih dahulu, baru buat mandian ruqyah ini. Estimate terapi rawatan ini untuk seminggu.
Beras pula dicampurkan dalam masakan nasi harian. Semasa memasak, baca Al-Fatihah sekali dan selawat 3 kali. Mohon dan berdoalah kepada Allah semoga disembuhkan. Madu pula dicampurkan dalam minuman harian.
Semoga bermanfaat...
Assalamualaikum..terima kasih kongsi ilmu ini.moga allah sentiasa melindungi anda.saya pun nak cuba sendiri.doakan usaha saya berhasil dengan izin allah ya.
BalasPadamAssalamualaikum. ilmu yang menafaaat
BalasPadam