Jumaat, 11 Februari 2011

Kisah Di Pusat Rawatan Ruqyah Syar'iyyah Kuching part 1..

Saya, Sapiee dan Wan Sudirman tiba di pusat rawatan seusai solat Isyak,dengan tujuan untuk berziarah dan menyaksikan sesi ruqyah masal yang dilakukan oeh kawan saya yang juga seorang perawat Islam. Sebelumnya kami bertiga pergi ke sebuah sekolah tadika bagi sesi 'scanning', kerana difahamkan budak-budak sekolah di situ melihat ada makhluk tidak diundang datang bertandang ke sekolah tersebut. Ada satu kes, seorang budak kena pelempang jin kerana nakal sangat. Parah jugak tu.

Ketika sampai ke pusat rawatan, sesi merawat sudah pun bermula. Dah ada 2 3 orang yang tumbang dan meracau. Teriakan histeria boleh didengar sampai bawah bangunan kedai tersebut. Saya dan Wan Sudirman sudah bersedia awal, namun tidak bercadang untuk merawat kerana menghormati tempat orang, melainkan dijemput.

Dalam ramai-ramai pesakit, ada seorang remaja perempuan yang berteriak keras dan kerasukan teruk. Rakan saya (pemilik tempat rawatan) tersenyum apabila melihat kedatangan saya dengan Wan Sudirman dan Sapiee. Sambil menggamit saya, dia meminta supaya saya turut membantu merawat kerana pesakit pada malam tersebut agak ramai. Staf ruqyah pun sedikit sahaja yang datang membantu. Oleh kerana dah dijemput, saya pun menerima pelawaan tersebut.

Saya : Siapa ni?

Pesakit : (Diam)

Saya : Awak bisu ke? Saya tanya siapa awak. Awak laki ke perempuan?

Pesakit : (berteriak) Lelaki!!!

Saya : Islam ke kafir?

Pesakit : Kafir!!!

Saya : Apasal awak masuk badan budak ni?

Pesakit : Aku dendam kat kakak dia. Priscillllaaaa!!!

Saya tanya kat orang tua budak tu. Difahamkan, jin yang merasuk budak perempuan ni adalah jin sihir yang cuba nak merasuk kakak dia. Kakak dia berkawan dengan seorang berbangsa bumiputera Sarawak yang non-Muslim. Tapi oleh kerana kakak budak ni rajin ibadat, jin ni tak dapat rasuk. Last-last adik dia yang jadi mangsa. Priscilla tu mungkin nama kawan kakak dia atau nama jin. Semua ni diketahui hasil dialog dengan jin tersebut dalam sesi rawatan yang lalu. Masuk ni dah kali kedua atau ketiga budak ni diruqyah.

Bersambung...

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Pusat Rawatan Uswatun Hasanah berpusat di Kuching, Sarawak yang diasaskan oleh Ustaz Ismail insyaAllah dapat merawat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, barah, kencing manis, buasir, lemah tenaga batin, resdung, batu karang, ketagihan dadah & rokok serta penyakit-penyakit misteri yang tiada diketahui puncanya seperti gangguan makhluk halus, terkena buatan sihir, masalah rumahtangga dan sebagainya.

    Kami juga juga menawarkan perkhidmatan terbaik dan dijamin berkualiti yang dapat dilakukan secara dekat di pusat kami atau di tempat tinggal anda serta jarak jauh bergantung kepada permasalahan anda:

    1) Rawatan Bekam
    2) Rawatan Akupuntur
    3) Rawatan Refleksologi dan Urut
    4) Rawatan Islam dan Alternatif
    5) Solusi Masalah Rumah tangga, hubungan, anak, tempat kerja, perniagaan dan sebagainya
    6) Rawatan penyakit kronik
    7) Rawatan penyakit ghaib

    Kami juga menawarkan pelbagai kursus dan ilmu untuk dipelajari. Dijamin menepati syariat Islam dan tiada yang bertentangan dengan syariat Islam.

    Kami juga menyediakan solusi kepada pelbagai masalah seperti masalah rumah tangga, keluarga, hubungan, masalah jiwa, tempat kerja, perniagaan dan sebagainya.

    Kami juga dapat merawat pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, barah, kencing manis, buasir, lemah tenaga batin, resdung, batu karang, ketagihan dadah & rokok serta penyakit-penyakit misteri yang tiada diketahui puncanya seperti gangguan makhluk halus, terkena buatan sihir dan sebagainya.

    Kami juga menawarkan SCAN JARAK JAUH PERCUMA masalah dan penyakit anda hanya melalui panggilan telefon.

    Peringatan:
    Kami tidak menggunakan sebarang helah atau penipuan, tidak menggunakan ilmu hitam, kuasa ghaib, perantaraan jin, khadam, iblis & syaitan, azimat, tangkal atau bantuan daripada unsur-unsur luaran lain. Tiada amalan berbentuk khurafat dan setara dengannya serta tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah (Syirik) dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

    “InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”

    Sila hubungi pada bila-bila masa:

    http://www.uswatunhasanah.com
    http://pusatrawatanuswatunhasanah.blogspot.com

    Ustaz Ismail – 0134876166 | 01132363113
    Facebook personal Ustaz Ismail – https://www.facebook.com/ustazismail.binmohamad
    Facebook page Pusat Rawatan Uswatun Hasanah – https://www.facebook.com/PusatRawatanUswatunHasanah

    Alamat Pusat Rawatan Uswatun Hasanah:
    No. 7, Tingkat 1, Jalan S2-D38, Sublot 8, Lot 13594, Jalan Semarak, Petrajaya, 93050, Kuching, Sarawak.

    BalasPadam