Rabu, 2 Mac 2011

Toyol...

Berikut merupakan satu artikel yang saya jumpa ketika surfnet. Sekadar untuk berkongsi dan menambah maklumat, bukan untuk disalah guna. Mungkin melalui informasi ini kita akan mengetahui kelemahan toyol.

Membeli Toyol

Untuk membeli toyol biasanya di jual secara berpasangan, Toyol lelaki dan Toyol wanita di jual dalam satu pakej. Toyol jenis ini merupakan toyol kelas 1 di jual dalam lingkungan 9 Juta hingga 10 Juta Rp Wang Indonesia. Biasanya Toyol yang ingin di jual akan di latih untuk mencuri wang terlebih dahulu sebelum di jual. Penjual toyol akan melakukan beberapa proses untuk menangkap toyol. Biasanya menggunakan Minyak Poniba Salwa , candu ketam , kacang hijau dan pokok ara sebagai umpan untuk memanggil toyol tersebut.

Minyak Poniba Salwa dan candu di bakar di kawasan yang berair, seperti kawasan acar, anak sungai, tasik , kolam dan perigi buta ( yang tidak di gunakan lagi ) di kawasan inilah banyak makhluk toyol yang tidak bertuan menghuni. Dengan seruan beberapa mantra jawa dalam bahasa melayu lebih kurang berbunyi " xxxxx...xxx..xxxxx.. hadir.... bangun.... ayah mu menanti xxxxx... dan sebagainya..." (mantera ini terpaksa disensor bagi mengelak disalah guna).

Setelah mantra dibaca beberapa kali sambil membakar minyak poniba salwa dan candu, Penjual Toyol akan menunggu dalam posisi meditasi sambil membaca mantara tersebut. Mantra tersebut di baca sehingga melihat berapa kanak-kanan lelaki dan perempuan yang tidak terjaga dengan penampilan yang sangat kotor bermain-main dengan ketam dan kacang hijau yang di sediakan sebelum ritual memanggil toyol di lakukan. Setelah bertemu dengan Toyol lelaki dan perempuan yang sesuai untuk di bawa pulang. Toyol tersebut di letakan di bahagian belakang punggung penjual Toyol sambil memegang pepohon kayu ara.

Toyol tersebut di bawa pulang rumah untuk di bersihkan dan di beri makan darah isteri. Proses perjanjian dan pendidikan untuk mengajar toyol biasanya di lakukan pada malam jumaat kliwon ( menurut kelender masyarakat Jawa ). Sesaji seperti rokok daun, wedang Asam, kopi pahit, kopi manis, susu dan 7 jenis kuih atau biskut di sediakan sebelum toyol di lepaskan untuk proses pembelajaran mencuri.

Sewaktu Toyol menjalankan kerjanya sebatang lilih merah harus di nyalakan untuk memantau pergerakan toyol agar toyol selamat sewaktu menjalan kerja-kerja kejinya. Pemilik Toyol dapat melihat pergerakan api lilin tersebut untuk melihat samaada toyol berada dalam bahaya atau tidak. Jika api lilin bergerak kekiri atau kekanan dengan kencang , menunjukan toyol berada dalam bahaya. Jika api lilin tersebut tetap dan diam menunjukan Toyol berada dalam keadaan selamat.

Mendapatkan Toyol dengan cara mencari sendiri

Melakukan ritual memanggil Toyol merupakan sebuah pekerjaan kurafat dan haram di sisi agama islam. Apa yang saya tulis ini adalah sebagai sebuah landasan ilmiah tidak bermaksud untuk mengajar anda semua.
Caranya hampir sama seperti di atas. Cuma bezanya ritual memanggil toyol untuk kegunaan sendiri harus menggunakan kulit katak bobak yang biaasa dapat di kawasan air terjun dan persekitaran yang sejuk. katak tersebut di sembelih dengan menggunakan cara tertentu ( tidak dapat saya ceritakan di sini untuk mengelakan fitnah ). Setelah itu kulit katak itu di ambil, isinya di buang. kulit katak tersebut di keringkan .

Setelah kulit katak itu kering. Kulit katak tersebut di jadikan gendang dengan cara di ikat pada mulut tempurung kelapa yang telah di buang isinya. Setelah gendang dari kulit katak ini kita siap maka proses selanjutnya, kita harus mencari tempat yang di percayai banyak terdapat toyol ini. Pergi ke tempat yang di percayai banyak Toyol tersebut dan mulakan ritual memanggil toyol. Cara memanggil Toyol adalah dengan cara mencari seekor ketam nipah ( biasanya toyol yang ingin di panggil banyak menghuni di hutan paya bakau yang banyak pokok nipah ). Salah satu permainan toyol adalah ketam nipah. Ketam nipah tersebut di ikat kakinya pada sebatang pokok kecil biarkan ketam nipah tersebut bebas bergerak. Toyol sangat suka bermain dengan ketam nipah. Kebanyakan pencari ketam nipah sering di ganggu oleh toyol yang menyerupai anak-anak . Menurut orang tua-tua toyol merupakan penjaga kepada ketam nipah, entah betul atau tidak tidak dapat di pastikan dengan jelas.

Setelah bertemu dengan lokasi yang sesuai yang di percayai ada Toyol, kerja-kerja kurafat di mulai dengan cara -cara tertentu. Mengetuk gendang yang di perbuat dari kulit katak merupakan salah satu cara yang saya ceritakan di sini. Gendang di ketuk dengan menggunakan ranting pokok ara dengan menggunakan Irama tertentu biasanya menggunakan "Cak kecak bali" sambil mengalunkan mantra "xxxx xxxx xxxx, JAI JAI KUM KUM YA, YU xxxx xxxxx HU" berulang-ulang sambil mengalunkan mantra anak ku yg saya sebut kan di atas.

PERINGATAN KERAS : JANGAN NAK MEMANDAI-MANDAI MENCUBA. SAYA BERLEPAS DIRI DARIPADA SESIAPA YANG MENANGGUNG AKIBAT JIKA ANDA MENGAMALKAN RITUAL DI ATAS.

7 ulasan:

  1. saya nak yahu adakah toyol mencuri barang kemas

    BalasPadam
  2. saya nak tahu bolehkah toyol mencuri barang kemas dan bagaimana nak dapatkan semula barang yang telah dicuri toyol tolong jelaskan

    BalasPadam
  3. Saya nak tanya cara hapuskan toyol saya sering diganggu olehnya makanan dicuri, duit etc....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah bapa saya selalu kehilangan wang.... sedangkan rmah bapa saya hanya ada ibu dan bapa sahaja. Bagaimana cara utk menghindar kehilangan wang?

      Padam
  4. Bagaimana hendak menangkap toyol?dan membunuhnya?..

    BalasPadam